BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 7, 2010

cinta 4 musim

cinta boleh diibaratkan seperti 4 musim yang terjadi di atas atmosfera ciptaan tuhan yang teragung ini. kebanyakan insan yang bercinta pasti akan merasai pengalaman 4 musim.....

· musim panas...

biasa terjadi ketika di awal perhubungan. semua nya indah belaka. sama seperti musim panas yang seakan sempurna. setiap insan yang dilahirkan di muka bumi ini pasti akan menantikan kehadiran musim panas yang teramat indah. cinta melalui fasa yang terindah dan hubungan senantiasa berada di dalam keadaan hangat. semua seakan sempurna. tiada cacat cela...

· musim bunga...

tika ini,hubungan sedang melalui detik yang paling indah. cinta yang mula di semai ketika awal perhubungan sudah mula menjadi semakin indah. tika ini,cinta boleh diibaratkan seperti musim bunga kerana semuanya nampak cantik dan indah. tiada lagi kecacatan yang dapat dizahirkan dari pandangan mata. semua pasangan bercinta akan mula mengucapkan syukur kepada tuhan atas nikmat yang telah dikurniakan. segalanya tampak indah hinggakan suatu tabiat yang dikatakan pelik oleh seorang insan normal akan dikatakan unik oleh pasangan bercinta...

· musim sejuk...

di saat ini,cinta yang diibaratkan teramat indah di musim panas dan musim bunga melalui detik yang agak mengecewakan. segalanya tampak dingin. semua rasa kurang selesa. tabiat yang dikatakan unik suatu ketika dulu kini dianggap tabiat yang kurang elok. ada saja yang tidak kena. pasti ada sesuatu yang akan menjadi bahan debat bagi pasangan bercinta. semuanya tidak lagi indah seperti dulu...

· musim luruh...

ini merupakan saat yang paling ditakuti bagi insan yang bercinta. segala penat lelah,segala pengorbanan tidak lagi bermakna. segalanya akan gugur seperti musim luruh. cinta yang hangat,cinta yang berbunga, tidak lagi membawa sebarang erti. segalanya telah gugur. tika ini lah insan yang bercinta akan rasa menyesal. segala pengorbanan tidak membawa sebarang makna di penghujungnya.

inilah akan terjadi kepada setiap yang bergelar insan bercinta. segalanya tampak indah di permulaan dan akan menjadi semakin indah kemudiannya. tapi,setelah memasuki fasa seterusnya,cinta menjadi semakin dingin dan terlerailah sudah segalanya. kepada pasangan yang bercinta,hargai lah setiap saat yang dilalui bersama insan tersayang. peliharalah hubungan dengan sebaik-baik cara agar musim panas dan musim bunga tidak berakhir. hindarilah hubungan dari melalui detik dingin dan luruh kerana jika tidak, segalannya mungkin berakhir.

++muhammad haniff bin idris++

sorry for hurting you...

what i did was foolish and impulsive.

if i could take it all back i'd do so it instant.

i truly did not mean to hurt you in any way.

please forgive me.

I''M SO SORRY SAYANG...